Tuesday, August 26, 2008

Usah berangan jadi selebriti????

Beta tak boleh tido..sebab hari ahad beta telah tido seharian dirumah..dan beta menumpuakn sepenuh harian beta di atas katil…bangun makan tengahari dan tido sampai ke malam..beta bangun makan dan menonton gang starz final bersama ibunda tercinta. Beta puas hati one nation emcee menang..sebab beta rasa lagu yang mereka bawakan amat best sangat2..dan beta terhibur dengan persembahan mereka..lagi satu beta suka kalaborasi antara paragon child denagn dayang nurfaizah..sangat best dan meletop..

Beta tak tau nak buat apa dalam bilek beta ni..nak kemas bilik malas la pulak..layan lagu..erm beta masih mendengar lagu-lagu lama ziana zain..nak tulis lirik nanti uols bosan kan..hahaha

Ermm nak citer pasal olimpik?? Haha beta langsung tak tengok pasal olimpik di tv..beta hanya tau Malaysia skang telah mendapat pingat perak dan gangsa..perak dari jaguh badminton ong beng hee..betul ke beta eja..dan skang beliau telah dapat gelaran dato’…dapat rm300 ribu..dapat pencen 3 ribu sebulan seumur hidup..ermm senang hidup..mengharumkan nama negara..lepas tu dapat itu dan ini..berbaloi juga jadi atlet untuk negara tercinta…kalau jadi pereka fesyen untuk negara dapat apa??mengaharumkan nama negara dipersada fesyen dunia..dapat juga gelaran Dato’..seperti Dato Bernard dan Dato’ Tom abang saufi…

Yelah hari ni beta baca suratkhabar..beta sentap juga baca salah satu kolum tajuk dia..

‘Usah berangan jadi selebriti’
Generasi muda digesa kejar kecermerlangan dalam bidang akademik…

Ermm beta pun tak tau apa motif beta tulis ni..hehehe..tapi beta rasa kalau kita selaraskan..akademik dank kokurikulum..iaitu kegiatan luar..mungkin boleh berjaya lebih dari seorang yang hanya mementingkan kecermerlangan akademik…contoh terdekat..kejadian sufiah yang dikatakan amat cerdik dan pandai akhirnya…erm faham-faham sendiri lah..so beta rasa kecermerlangan akademik sahaja tidak mampu untuk untuk berjaya dalam kehidupan sebenar diluar sana..dan beta rasa tak salah untuk menjadi selebriti jika seseorang itu telah ditakdirkan menjadi sedemikian rupa..ini semua terletak pada minat dan kerjaya..jika seseorng itu pandai setakat mana sekalipun..belajar di universiti dipaksa oleh ibu dan ayah..tetapi tidak meminati apa yang dipelajarinya..beta amat bersimpati..akhirnya melencong ke dunia lain …ijazah kemana..kerjaya tang lain..beta pasti ramai yang terjadi sebegini….beta baca balik tajuk itew…ermm sebab beta rasa beta patut berterima kasih kepada golongan selebriti di Malaysia..dan jika tiada selebriti pelapis..apa terjadi kepada dunia-dunia hiburan, fesyen..dan sebagainya yang bergantung pada selebriti-selebriti tempatan…banyak impak yang akan memundurkan negara Malaysia…cuba bayangkan sahaja jika tiada muzik..tiada sedikit hiburan..dan anda hanya bekerja dan terus bekerja..tiada movie untuk ditonton..ermmmmm tentu dunia ni akan bosannnnnnnnnnnnnnnnnn….

Dan memang lah tidak salah pelajaran walau apa sekali pun ianya amat berguna…tetapi jika tidak dipraktikkan.ianya akan hilang sedikit demi sedikit..dan tidakkah ianya membuang masa begitu sahaja???
Oleh itu kepada ibu bapa..biar anak sendiri memilih jalan kerjaya mereka..jangan paksa..kelak nanti akan hancur..memang lah kita menharapkan yang terbaik buat mereka..
Apa lah yang beta melalut ni..ehehe..beta amat bernasib baik..kerana beta sedar apa keinginan beta sejak di bangku sekolah menengah..seni dengan diri beta tidak boleh dipisahkan..beta tau ada sesuatu didalam jiwa beta yang boleh dikongsi bersama sesiapa yang inginkannya..alhamdulliah ini semua pemberian yang maha esa kepada diri beta…

Oh berbalik kepada tadi..beta rasa kerajaan Malaysia memang memandang tinggi keda bidang akademik dan juga bidang2 berkaitan dengan sukan di Malaysia. Bidang-bidang kesenian dianggap kelas kedua..tapi beta nampak kemajuan dalam bidang fesyen di Malaysia..contohnya dari segi sokongan pihak kerajaan Malaysia melalui MATRADE..beberapa yayasan dan org-org perseorangan…beta sangat gembira dan berterima kasih untuk semua itu…tapi beta rasa kita mesti pergi jauh lagi..

Ok ok mata beta dah berat..nampaknya masa beta nak beradu..daaaa..
Nanti lah beta akan meluangkan masa menulis apa yang ada pada akal fikiran beta…beta suka berdiskusi mengenai tajuk-tajuk yang boleh mengembangkan minda..berdebat dan sebagainya..hehehe..
love ZERY ZAMRY

1 comment:

Anonymous said...

Hi, Lee Chong Wei won the silver, not Ong Beng Hee...

p/s: Ong Beng Hee plays the squash..

:)