Friday, December 25, 2009

sharing is caring..



hi guys..kat sini i nak bercerita sedikit..mungkin cerita koleksi ni dah basi.tapi saja i nak tunjukkan dan beritahu apa yang i tahu ..dari komen seorg prof madya..dari blog

Prof. Madya Sulaiman Abdul Ghani kata:

Koleksi ini TIDAK langsung menggambarkan daya kreativiti yang tinggi tetapi sebaliknya gambaran yang teramat bodoh dan ceteknya pengetahuan anak Melayu terhadap seni warisan sehingga sanggup `MELACURKAN’ tradisi bangsa sendiri. Walaupun ingin menyuntik sesuatu pembaharuan dan keunikkan bukan lah tanpa penyelidikkan dan fahaman yang mendalam terhadap seni rupa dan jiwa Melayu. Pembaharuan itu perlu dan digalakkan tetapi perlu juga pemahaman dan hadnya….bukan nya buat sesuka hati yang menjadi cemuhan masyarakat. SENI RUPA MELAYU itu teramat halus lagi indah….dan sebagai. Pereka fesyen wajar mendidik masyarakat berbilang bangsa akan keunikkan keindahan seni rupa Melayu untuk disuai padankan dengan pelbagai elemen ragam hias yang lebih kontemporari….tetapi perlu diingat jangan keterlaluan sehingga MENJIJIKKAN dan apa yang menyedihkan terpancar KEBODOHAN pereka sendiri.

komen i:
melakukan koleksi HABAYA itu sendiri merupakan passion i kepada busana
trdisional melayu khususnya kebaya. apa yang digambarkan di fashion week tersebut merupakan ilham i sendiri mengabungkan inspirasi atau dengan kata engslish what we call inspiration daripada pakaian tradisonal melayu dan baba dan nyoya.
saya juga belajar dari UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.dan saya tahu prof yang memberi komen diatas adalah pendidik di universiti tersebut.saya tidak pernah melenting dan menerima komen tersebut dangan hati yang terbuka. dan saya ingin berkongsi pendapat dengan pembaca semua..
saya rasa semasa belajar di uitm kami cukup didedahkan dengan pembelajaran tentang ilmu2 seni melayu. dan untuk pengetahuan prof jika membacasaya telah KHATAM membaca buku rupa seni jiwa melayu, cara berpakaian melayu, walau pun saya rasa ilmu itu memang tidak dapat menandingi ilmu seorang profesor madya..tapi saya rasa saya mempunyai satu kesedaran untuk membawa inspirasi hasil-hasil seni melayu keperingkat yang lebih tinggi didalam dunia fesyen sendiri khususnya. dan saya rasa tidak ramai designer diluar sana yang sanggup membawa hasil-hasil seni melayu untuk dketengahkan dan dibawa seiring dengan kemodenan dan urbanisasi zaman sekarang.
anak-anak sekarang(melainkan yang mempelajari hasil seni melayu) tidak tau apa itu dokoh, pending, cucuk sangul, dan sebagainya.mereka hanya mengenali channel, dior, dkny dan sebagainya. sebab apa? kerana arus fesen yang dibawakan oleh barat tetap menjadi pilihan..dan jika ada jenama tempatan pun..hanya baju yang lebih kurang digayakan di barat juga. dengan ini wujudnya evolusi..mengikut persekitaran dan kuasa setempat..saya juga menghasilkan reseach yang bertajuk evolusi baju kurung dimalaysia. saya tahu perkembangan baju kurung semasa zama kesultanan melayu melaka hingga selepas zaman kemerdekaan dan sehingga kini. begitu banyak evolusi yang terjadi disebabkan oleh faktor-faktor sebentar tadi. corak kehidupan, pemiliham fabrik, saingan dari corak-corak fesyen antarangsa, semua ini diadaptasikan dan menjadi satu fesyen baru.
pentas peragaan kl fashion week..yang seperti semua tahu.kebanyakannya dimonopoli oleh golongan cina ..dan saya seorg designer anak melayu tulen..membawakan inspirasi hasil seni MELAYU..di pentas peragan bertaraf antarabangsa...itu saja yang mampu saya tuliskan. anda nilaikan sendiri. bukan mahu mencemar bahkan saya sangat teruja dengan hasil seni melayu yang amat saya sayangi.saya ingin menonjolkan dan mempersembahkan keunikan SULAMAN..khususnya dalam koleksi habaya. dan sebagai aksesori tambahan sahaja saya mengenakan cucuk sanggul, pending hanya untuk dilihat dia pentas peragaan..bukan untuk dipakai hari-hari..konsepnya disitu.
dan saya juga sangat terbuka..menerima sesuatu yang baru seperti saya cakapkan tadi evolusi..dimana-mana ada evolusi. evolusi pasti sesuatu yang kontroversi. inovasi perlu sejajar pembangunan dunia.
kenapa org melayu sekarang sudah pandaimemandu kereta?? kenapa tidak naik kereta lembu zaman dulu2? betulkan??
kenapa duduk alam rumah batu sedangkan boleh duduk dalam rumah kayu?
kenapa pagi2 dah breakfast kat starbuck? kenapa tak makan ubi kayu hari2?
kenapa askar melayu kita tak gunakan keris dan tombak sampai sekarang??
kenapa tidak memakai baju melayu fabrik songket penuh lengkap bersamping bertanjak ke tempat kerja? pastinya org akan mengatakan anda gila bukan? kenapa ya?
itu hanya sedikit sahaja persoalanya...
boleh jawab untuk saya? kenapa??sebab benda2 sebegini sudah tidak logik pada zaman sekarang.kalau tidak boleh terima pembaharuan..saya rasa seseorang itu hanya boleh duduk didalam hutan sahaja. sebab itu saya rasa pembaharuan seiring modesasi dunia sekarang dan faktor-faktor alam sekeliling yangmenyebabkan evolusi tersebut. saya juga aktivis seni melayu. saya ingi membawanya kesatu peringkat yang lebih tingi supaya hasil seni kita dipandang seluruh dunia. dan saya akan terus berkarya membawa inspirasi-inspirasi hasil seni melayu kita...dan membentukan nya lebih ringkas dan sesuai untuk digayakan oleh manusia-manusia zaman SEKARANG....tanpa melupakan asal-usulnya..
love ZERY ZAMRY

15 comments:

MORIBAYU said...

Zery ...

kadang kadang kan..
orang bersuara dan bereaksi ttg hasil kerja kita..itu tanda orang peduli.

:)

N u dah jelaskan di sini.
apa itu " hasil kerja dan visi " u..

ada pertanyaan
ada jawapan

:)

itu menunjukan..u tahu apa yg u buat.

tahniah

fiebie said...

Saya adalah seorang ahli akademik dan sangat terpukul dan rasa sangat malu bila melihat seorag prof. madya (diulang prof. madya, barangkali tidak layak digelar prof) mengelar dan mengunakan perkataan bodoh atau mengatakan seseorang itu bodoh.

Fesyen adalah sangat subjektif dan pemilihan alatan dan fabrik melayu hanya sebagai inspirasi langsung tidak bermaksud itu adalah apa yang cuba diintepretasikan oleh pereka itu sebagai budaya melayu.

sebaliknya, pereka tersebut menggunakan peralatan dan fabrik juga inspirasi melayu untuk menghasilkan sesuatu yang mengambarkan hasil seninya untuk setanding dengan rekaan antarabangsa. Ini bukan petanda dia melacurkan jatidirinya, jauh sekali melacurkan budaya melayu itu sendiri.

Sepatutnya kita berbangga dan melihat contoh dari fabrik-fabrik dan motif antarabangsa terutama dari Asia seperti China, India dan Timur Tengah dan umum menerima kehadiran fabrik itu dari negara tersebut. Jika tidak tidak wujud fabrik seperti French Lace, Indian Saree, Shantung Silk, Thai Silk dan sebagainya.

Barangkali prof. madya itu sendiri yang kurang bijak, atau tidak mahir, atau kurang pandai atau tidak berIQ dan berEQ atau jahil atau bendul (sekadar untuk mengelakkan pengunaan perkataan bodoh) untuk membuat komentar dan barangkali tidak tau apa yang diperkatakan sekadar untuk mengisi blognya yang pembacanya 5-6 orang pelajarnya yang dipaksa membaca blognya.

sedih ada academics yang mendapat pengiktirafan prof. madya tetapi berfikiran kolot, cetak dan tidak out of the box.

p/s: suatu masa dahulu, ketika pad atau tuala wanita tidak dicipta lagi atau belum sampai ke negara ini, kebanyakkan wanita melayu mengunakan kain batik yang dilipat untuk menutup alat kemaluannya dari darah haid. Mungkin mereka juga adalah pelacur budaya?

Michael Syahril David said...

I have read with great interest the article posted above.
The so called Ass.Prof has contended that ZZ has "melacurkan budaya bangsa".Therefore, through my understanding is, ZZ has destroyed the culture that should be preserved or wrapped in time.

I am of view that, the word culture brings a lot of definitions. In this context, I believe that it refers to the artisic and social pursuits, expression and tastes valued by a society or class or in the arts, manner, DRESS or etc.

I submit that because that is the best or may be the closest definition.When we talk about FASHION, one has to bear in mind that, FASHION in broadest term refers to style in clothes, cosmetics, behaviours or the most admired style. If you try to locate the word "FASHION" you will find it is hard to choose the exact definition.It is very subjective as it could be a characteristic or habitual practice , a manner of living that reflects the person's values and attitudes or etc.

However, people have a great tendency to associate fashion with what I have mentioned earlier on.FASHION is an art.It is a production of human creativity in a manner that affects the sense of beauty. Again, you might agree or disagree with me.

It seems to me that the so called Ass.Prof has contended that the designer (ZZ) has opposed the values that has been established in the established culture(malay culture I guess)I agree that a particular culture should be preserved to some extent but in the context of the fashion industry, the industry will not survive if we stick in totality with our own behaviours culture pattern, culture beliefs or thought if we want to go far but we can still import some of the elements in a particular culture to spice up our creation.

One has to remember that, it is not easy to please everyone. Everyone has their own view with different personalities and different levels of feeling, there would always be people who are diiferent than us.

I would like to quote the article written by Clarissa Lee (November 2005). Clarissa Lee is currently a copywriter for a brand design house in Kuala Lumpur.
" Some designers might suggest that their clothes are INSPIRED by their respective ethnic and cultural heritage. However, for a DISINTERESTED onlooker, there is a possibility of him/her noticing a similar construction in the mational costume of an unrelated culture.Nevertheless, it is refreshing to see how various designers show their pride in their heritage by REVISTING them with a fresh edge, thus proving that keeping a tradition alive equates with continous innovation"

What ZZ said:
"bukan mahu mencemar bahkan saya sangat teruja dengan hasil seni melayu yang amat saya sayangi.saya ingin menonjolkan dan mempersembahkan keunikan SULAMAN..khususnya dalam koleksi habaya. dan sebagai aksesori tambahan sahaja saya mengenakan cucuk sanggul, pending hanya untuk dilihat dia pentas peragaan..bukan untuk dipakai hari-hari..konsepnya disitu."

This might be true as he revisted "with a fresh edge, thus proving that keeping a tradition alive equates with continous innovation".

You go girl!

*This writer only shows and expresses his true persona.

rizalman atelier said...

zery! tiba2kau menjadi pandai...aku bangga kau menjawabnya..cuma jawapan tu macam pernah dengar je?? " prof madya rizalman" pernah cakap kan?

rahayuramdzan said...

salam...ingin juga saya mencelah topik hangat yang sedang diperbualkan ini...saya juga pernah melihat koleksi pereka muda yang bernama zery zamry ini....HABAYA...dari pengamatan saya, ada benarnya prof madya memberi comment...beliau menyatakan perasaan beliau dari sudut mata beliau...apa yang dikatakan oleh beliau saya setuju 100%....

sebagai pereka muda anda perlu memikirkan sensitiviti yang ada dalam masyarakat melayu dan budaya melayu yang saya kira anda juga sayangkan Melayu........adat2 melayu yang diceritakan oleh anda benar sekali...anda juga sudah membuat kajian terperinci berkaitan dengan adat tradisi melayu....

apa yang saya paham dari kenyataan prof madya itu ...bukanlah meterial yang digunapakai oleh anda dalam penghasilan rekaan TETAPI rekabentuk pakaian yang direka dipertikaikan...sebagai anak jati melayu yang juga menuntut di IPT melayu...anda harus faham dan sensitif dengan anutan yang anda sendiri anuti...jangan pula lebih sudu dari kuah....

inovasi dan inspirasi yang anda nyatakan itu tidak salah tetapi biarlah bersesuaian dengan kita orang melayu.....jangan pula lagi barat kita dari orang barat sendiri...

kadang kala kita ni cepat melenting jika ditegur tetapi kita tidak pula melihat kenapa kita ditegur....

Andai itu dianggap benar dan betul di pihak anda, maka anda teruskan lah melakar dan mencorak budaya anda sendiri...kalau itu lah yang dikatakan moden dimata anda....teruskanlah...

Teguran yang prof madya suarakan itu merupakan teguran yang dikira jujur...tetapi dianggap ancaman bagi anda kerana anda sendiri tidak faham apa itu tradisi yang sebenar2nya....jangan yang sudah terang lagi bersuluh bak kata pepatah melayu....and....jangan cakap kalau tidak tahu apa yang kita cakap....

lagi satu...penganuerahan profesor atau profesor madya adalah satu pengiktirafan bukan anugerah yang boleh dibeli dimana2.....kalau ingin bercakap ....satu lagi pepatah melayu...cakap siang pandang2 cakap malam dengar2...aplikasi ilmu yang diberi sebaiknya....jangan pula kita jadi ketam mengajar anaknya berjalan....sekian....

Anonymous said...

Zery, u patut pakai baju tu
Dgn yakin!
Jgn malu
Tunjukkan kejantanan u!

fariha nuzu said...

lecturer saya pernah bagitau dahulu ~ kreatif adalah bila orang lain tidak suka dengan hasil karya kita (apa jua bentuk-ketika itu saya seorang penari, sekarang sy seorang beader)

sy aplikasikan dlm karya sy sekarang.cth: sy pernah ambil inspirasi pending untuk baju...tetapi digubah dalam bentuk bunga dari labuci & manik.alhamdulliah, mana yg suka kelainan mmg gemar dgn design ini.

terus berkreatif & cabar diri sendiri.slalu ingat tak semua org suka kita & kita tak mampu buat semua org suka pd kita.pastinya yg mkritik (positif @ negatif) telah sedar akan kewujudan kita (lebih baik daripada tidak dipedulikan)

zariel darny said...

hi.i am yr fans ...lm x comment just read the bad new from u. So sad just saber je la.bangga dengan ZZ .teruskan dengan rekaan tradisional.

zeryzamry said...

ye prof rizalman..hehe
saya banyak juga membaca apa sahaja artikel artikel tidak kira dari penulisan siapa..dan saya amati dan ambil yang jernih dan buang ke keruh....saya praktikkan benda-benda yang baik yang diamati dari senior-seniorku..satu pembelajaran yang tak ternilai harganya bagi saya...tq

Renee Meow said...

i agree wif zery..!! some people mmg orthodox sket.. dorang canot accept any perubahan or evolution.. bile baca d so called prof madya punye comments, nmpak sgt x terdedah ngan dunia luar.. mcm katak dlm tempurung..hehe ;p

FASHION IS SUBJECTIVE..! :)

I SUPPORT U ZERY ZAMRY!


meow~

Anonymous said...

bodo la zz ni....

kene marah sentap..tuh la..nama habaya..pegi reka suar dalam ngn suar jarang sapa suruh...

Anonymous said...

kudos zery! ramai je org dlm dunia ni yg tak mahu keluar dr kepompong mereka. yg pnting.. kau tahu ape tema hidup kau.. n tema career kau okes! and to rizalman, tak perlu kot kau nak ZZ credit name kau kan? plus, tk kire la kau senior ke seniah ke.. yg penting i prefer ZZ, yours bit outdated.im sorry~

Hells Design said...

go enchek designer...go zerry...art is unlimited and border less. thats what we call as fusion. either pelihara seni melayu halus tersebut without melakukan sebarang tindakan untuk memajukan ibarat meletakkan budaya sendiri dalam almari lalu dikunci selama beratus tahun. just do anythng that u thnk is good for u, people and industry mr designer...

ben firdaus azraai

Hells Design said...

teruskan usaha anda... :)again..
design is border less beb..

zeryzamry said...

tq 4 the support!! hehee