hiiiiiiiiiiiii!! hehehe lama sangat tak update..busy sikit..so kalau lama tak update nanti gamba2 ni jadi basi lak..hehehe
so terimalah gaba-gamba pertunanngan elyana dengan khairul anuar...
dan bajunya dalah dari saya zery zamry..hehehe so anda nilaikan sendiri...
Niat adalah lagu yang pernah mengangkatnya dan meletakkan beliau sebaris bersama artis popular di Malaysia. Cukup dikenali dengan lagu hit Tak Tercapai Akalmu dan Kalis Rindu, Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana, 22 tahun, dalam usia yang begitu muda mengambil keputusan nekad untuk mengubah status hidupnya. Elyana memilih untuk mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya. Khairul Anuar Hussin anak kelahiran Pahang Darul Makmur.
Memulakan kerjaya seninya ketika masih di bangku sekolah, Elyana kini telah menempa nama sebaris dengan Artis popular tanah air dan pernah di nobatkan sebagai artis baru wanita paling popular ABPBH 2003. Sembilan tahun di dalam industri hiburan tanahair, dengan empat album atas namanya tidak keterlaluan jika dikatakan Elyana telah menempa kejayaannya sendiri. Perjalanan seni Elyana tidaklah begitu mudah seperti yang diramal walaupun banyak jatuh bangun yang terpaksa dilaluinya.
Membawa imej remaja yang unik dan bersahaja, Elyana seringkali mendapat perhatian peminat dan media yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya pilihannya.
Berani mencuba, Elyana mengorak langkah dalam bidang lakonan melalui drama pertamanya Dunia Baru. Eksperimentasi Elyana mengangkat beliau ke satu cabang seni yang baru, malahan meningkatkan populariti beliau. Di ikuti dengan drama Renjis, Elyana bakal menemui peminatnya dalam drama terbaru berjudul Katrina Kamelia yang akan disiarkan di Astro Prima.
Semuanya berlaku begitu pantas dengan Elyana, sama seperti keputusannya untuk menerima lamaran Khairul Anuar Hussin yang melamar pada tahun lepas. Justeru, Khairul Anuar seorang pemilik sebuah restoran makanan Jepun di Bangsar, telah menghantar keluarganya untuk merisik gadis pilihan hatinya tersebut pada 11 April 2009. Persetujuan diterima dari kedua keluarga dan telah sepakat memilih 11 Julai 2009 sebagai tarikh pertunangan mereka. Tempoh pertunangan dijangka kurang dari tempoh setahun. Tarikh perkahwinan masih di dalam perbincangan. Bakal dimaklumkan kepada pihak media kelak.
Namun, pertemuan Elyana dengan Khairul telah terjalin lebih lama dari itu. Elyana dan Khairul telahpun berkenalan pada 9 April 2006 lagi. Khairul tidak menjangka gadis yang dikenalinya ketika itu adalah seorang artis, kerana Elyana berseloroh memperkenalkan dirinya sebagai peniaga kecil-kecilan yang menjual Tupperware. Sifat selamba Elyana inilah yang berjaya menawan hati Khairul untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi.
Majlis pertunangan yang diadakan di Jeumpa D’ramo, Bangsar ini mengabungkan idea kreatif dari dua pakar di dalam industri fesyen Datin Lynda Rahim dari Butik LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR dan busana oleh Zery Zamry, pemenang Anugerah Jarum Berlian 2006, dari Butik ZERY ZAMRY COUTURE, SHAH ALAM manakala dandanan solekan oleh jurumekap SAIDATULNISA. Pengacara majlis pertunangan yang berlangsung secara sederhana namun tetap meriah dan dihadiri oleh kaum keluarga, teman rapat dan pihak media ini dikendalikan oleh Hilmy Ashley, penyampai berita dari Bernama TV.
saat manis disarungkan cincin oleh kakak khairul di jari manis elyana..
elyana turun dari atas.
oh ya..hantaran belah elyana saya sendiri yang gubahkan..teman dia ala2 gothic skit..so i banyak guna red roses n anggur..dan bulu2 ostrich hehehe bersama pasu2 berlumut...
lagi hantaran..
elyana di make up oleh kak sai..
oh tengah pasang butang hehehe
inilah dia elyana bersama khairul..di tangga pusing2..huhu
pelamin yang bercirikan gothic rock star..huhhu adalah hasilgabungan idea i dan lynda rahim..
ohhh sape lagi..huhuh i gan elyana la..huhuh
meletoppppppppp!!
manis baju ni memang khas untuk elyana...watna skin nude color merah n gold..
baju ni special sebab berinspirasikan tema punk glam(TETAP KAN...) So dipenuhi jahitan jemeki dan stud-stud emas di veil, leher dan lengan..
semasa pc..
so?? anda suka?? heheheh banyak sangat pic..tak larat nak update la..nantiu i updatekan lagi k..take care..bye..
love ZERY ZAMRY
9 comments:
meletopppp!!!
chanteq sgt..
i luv it! your design is superb.. thepelamin.. the hantaran...wow.. eh takde gambar close up for each hantaran ke? if u do have... pls share with us :)
i luv the studs detail and the tone of the fabric.. i luv everything.. well done zamry... :)
cantek banget zery..... saya suka design baju tu.... nampak cute....
semuanya stunning ...dari baju memang superb, make up, hantaran dan pelamin ..sungguh indah-indah belaka ..u have great job zery blom ada lagi orang tunang pakai baju camtue ..nice and sweet!!! lain dari yang lain ..two thumb up to you zery!!!!!
cantikkkkkkkkkkkk sangattttttttttt
perfect! the grand engagement ceremony ever.. hahahahaha
Gold stud tu nak cari kat mana ekk...
Kat kedai jahit nyonya ade x?
From budak kampong
perfect sgt!
d couple, d outfit, d place
everything!!!
suker~
Leyya
Suker sangat tgk color rambut dia...
Post a Comment