Thursday, March 4, 2010

cerita seekor beluncas dan rama-rama...


Wanita Hari Ini/ 1 Mac 2010

hi semua..
ok mesti cam semua terkejut gan perubahan warna blog ni??
hehe saja je tukar color..sebab dah bosab sangat..lagipun zery zamry akan dire-branding tidak lama lagi..

so bagi mereka yang tidak sempat tengok wanita hari ini isnin lepas..kat atas tu ada link dia..just click dan tengok la kat tv3.com.my..

sebenanrnya banyak yang ingin saya kupaskan..haha ramai tanya kenapa mata camtu?? sebenarnya saya sakit mata belah kanan tu..cam bengkak..lol..so mata cam jadi kecilll jer..
masa untuk perbincangan amat terbatas..so saya boleh kupaskan di blog sahaja..

seperti saya cakapkan di whi..pada saat ini...memenag ramai designer baru..what i mean is lagi ramai designer baru yang dibawah peringkat saya..memang ramai...saya juga masih baru..dan yang masih-masih baru juga ramai...

tak dapat saya nafikan peniruan designer baru..tak terbatas kepada pereka lama sahaja..mungkin hanya segelintir yang meniru bulat2 hasil rekaan designer lama seperti rizalman dan sebagainya..yang selebihnya mungkin meniru pereka-pereka antarabangsa..saya lihat bukan sahaja pereka muda sahaja..bahkan setengah-setengah pereka lama juga meniru hampir sejibik design2 pereka antarabangsa (bukan rizalman yer..hahaha)

seperti rizalman cakap..idea atau inspirasi itu tidak akan hadir begitu sahaja.ia akan hadir dalam pemerhatian..pembelajaran..research dan sebagainya..dari apa sahaja kita boleh jadikan ianya inspirasi untuk diolah menjadi rekaan pakaian..ini mungkin banyak keje sikitlah...

atau jalan mudah...melihat, memerhati rekaan yangs sedia ada..dan terus meniru tanpa mengolahnya terlebih dahulu..ini yang terjadinya meniru rekaan-rekaan pereka lama yang sememangnya saya sendiri tidak boleh gunapakai formula ini..dan terasa keji jika membuatnya..

atau yang lainnya memerhati,,melihat..rekaan..dan mengolah dari segi warna, texture, potongan dan sebagainya..lalu jadilah ia sesuatu rekaan yang lain dari inspirasi yang dilihat tadi...tetapi mungkin secara tidak sedar juga berlaku..mungkin kita cakap design kita ori..tapi sebelumnya kita tidak tahu..designer lain mungkin telah membuatnya....

ok habis bab itu...zaman sekarang ramai yang menganggap senang kalau nak jadi designer jika mempunyai wang...tidak saya nafikan wang menjana segala-galanya..business is made from money..ada duit sume boleh jalan..belajar di kolej2 fashion swasta..tidak pandai menjahit boleh upah tailor..dan skill tiada untuk dibawa kemasa hadapan..nak buat colection hanya melakar..dan hantar tailor..dan mengaku ohh itu designnya..tetapi teknikal dan cara2 jahitan pun tidak tahu..dan mengejar another site of being fashion designer..glamor..lime light..pose sana sini..semudah itu bergelar designer??mungkin tidak bagi saya..apa yang rizalman kata itu semua benar..mungkin setengah-setengah pereka bernasib baik dilahirkan dala dulang emas..tetapi bagi setengah pula harus bekerja keras untuk sampai kepuncak..

selepas habis belajar..banyak yang kita perlu pelajari..kepakaran..menjahit, details, perniagaan, retail dan sebagainya..meeting people entah siapa-siapa yang kita akan ketemu..ini semua pengalaman menjadikan kita matang...

bukan senang nak jadi rama-rama...banyak fasa yang munkin pereka-pereka harus lalui..dari kepompong..keluar menjadi beluncas dimana banyak yang perlu digarap untuk menjadi rama-rama yang berwarna-warna mekar. bagi yang tidak bernasib baik mungkin hanya menjadi kupu-kupu yang monocromatic..tiada berwarna..pudar..taidak secantik rama-rama...dan mungkin ada yang tidak sempat menjadi rama-rama..berhenti ditengah jalan..beluncas yang lemah mati dimakan burung dan sebagainya...

rama-rama pun banyak spesis..tepuk dada tanya selera..rama-rama mana anda ingin jadi..hehhee... so apa salah nya pereka lama ke..pereka baru ke..welcome to this fashion world of malaysia..eheheh

saya juga teruja dengan kehadiran pereka-pereka baru yang saya sendiri bangga dengan usaha gigih mereka seperi WANPA, Rico Rinaldi, Tengku Syahmi...mereka mempunya sesuatu didalam mereka..untuk diketengahkan..seperti saya juga pada suatu ketika dahulu..
saya juga ingin menjadi rama-rama seperti diatas...chopp ni saya..hehehhee
anda pilih yang lain!!!


love ZERY ZAMRY

4 comments:

AL said...

agree with ur opinion zery..in this world sometimes we cant be creative,yeah..although u claim ur design is ori,u never realise that someone else has used it before..but whatever it is,plagiarism is never good..just be urself(this is not for u,u are already creative)..whatever it is,this post is meaningful..tersirat tp bermakna..i love the butterflies anology=)

CathJ said...

lawa nya butterfly ni... all the best in life yer... ^_^

Rico Rinaldi said...

hmm..its true..we love u zery

zilazainal said...

saya harap zery akan menjadi rama2 yg sentiasa bersinar dgn kelebihan zery adalah BERANI tu.gunakan kelebihan tu utk capai impian sehingga kita puas hati jgn jd mcm sy terpaksa melupakan impian utk jd seperti ZERY ZAMRY demi org sekeliling.I hope u will succes and do the best