Friday, December 25, 2009

sharing is caring..



hi guys..kat sini i nak bercerita sedikit..mungkin cerita koleksi ni dah basi.tapi saja i nak tunjukkan dan beritahu apa yang i tahu ..dari komen seorg prof madya..dari blog

Prof. Madya Sulaiman Abdul Ghani kata:

Koleksi ini TIDAK langsung menggambarkan daya kreativiti yang tinggi tetapi sebaliknya gambaran yang teramat bodoh dan ceteknya pengetahuan anak Melayu terhadap seni warisan sehingga sanggup `MELACURKAN’ tradisi bangsa sendiri. Walaupun ingin menyuntik sesuatu pembaharuan dan keunikkan bukan lah tanpa penyelidikkan dan fahaman yang mendalam terhadap seni rupa dan jiwa Melayu. Pembaharuan itu perlu dan digalakkan tetapi perlu juga pemahaman dan hadnya….bukan nya buat sesuka hati yang menjadi cemuhan masyarakat. SENI RUPA MELAYU itu teramat halus lagi indah….dan sebagai. Pereka fesyen wajar mendidik masyarakat berbilang bangsa akan keunikkan keindahan seni rupa Melayu untuk disuai padankan dengan pelbagai elemen ragam hias yang lebih kontemporari….tetapi perlu diingat jangan keterlaluan sehingga MENJIJIKKAN dan apa yang menyedihkan terpancar KEBODOHAN pereka sendiri.

komen i:
melakukan koleksi HABAYA itu sendiri merupakan passion i kepada busana
trdisional melayu khususnya kebaya. apa yang digambarkan di fashion week tersebut merupakan ilham i sendiri mengabungkan inspirasi atau dengan kata engslish what we call inspiration daripada pakaian tradisonal melayu dan baba dan nyoya.
saya juga belajar dari UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.dan saya tahu prof yang memberi komen diatas adalah pendidik di universiti tersebut.saya tidak pernah melenting dan menerima komen tersebut dangan hati yang terbuka. dan saya ingin berkongsi pendapat dengan pembaca semua..
saya rasa semasa belajar di uitm kami cukup didedahkan dengan pembelajaran tentang ilmu2 seni melayu. dan untuk pengetahuan prof jika membacasaya telah KHATAM membaca buku rupa seni jiwa melayu, cara berpakaian melayu, walau pun saya rasa ilmu itu memang tidak dapat menandingi ilmu seorang profesor madya..tapi saya rasa saya mempunyai satu kesedaran untuk membawa inspirasi hasil-hasil seni melayu keperingkat yang lebih tinggi didalam dunia fesyen sendiri khususnya. dan saya rasa tidak ramai designer diluar sana yang sanggup membawa hasil-hasil seni melayu untuk dketengahkan dan dibawa seiring dengan kemodenan dan urbanisasi zaman sekarang.
anak-anak sekarang(melainkan yang mempelajari hasil seni melayu) tidak tau apa itu dokoh, pending, cucuk sangul, dan sebagainya.mereka hanya mengenali channel, dior, dkny dan sebagainya. sebab apa? kerana arus fesen yang dibawakan oleh barat tetap menjadi pilihan..dan jika ada jenama tempatan pun..hanya baju yang lebih kurang digayakan di barat juga. dengan ini wujudnya evolusi..mengikut persekitaran dan kuasa setempat..saya juga menghasilkan reseach yang bertajuk evolusi baju kurung dimalaysia. saya tahu perkembangan baju kurung semasa zama kesultanan melayu melaka hingga selepas zaman kemerdekaan dan sehingga kini. begitu banyak evolusi yang terjadi disebabkan oleh faktor-faktor sebentar tadi. corak kehidupan, pemiliham fabrik, saingan dari corak-corak fesyen antarangsa, semua ini diadaptasikan dan menjadi satu fesyen baru.
pentas peragaan kl fashion week..yang seperti semua tahu.kebanyakannya dimonopoli oleh golongan cina ..dan saya seorg designer anak melayu tulen..membawakan inspirasi hasil seni MELAYU..di pentas peragan bertaraf antarabangsa...itu saja yang mampu saya tuliskan. anda nilaikan sendiri. bukan mahu mencemar bahkan saya sangat teruja dengan hasil seni melayu yang amat saya sayangi.saya ingin menonjolkan dan mempersembahkan keunikan SULAMAN..khususnya dalam koleksi habaya. dan sebagai aksesori tambahan sahaja saya mengenakan cucuk sanggul, pending hanya untuk dilihat dia pentas peragaan..bukan untuk dipakai hari-hari..konsepnya disitu.
dan saya juga sangat terbuka..menerima sesuatu yang baru seperti saya cakapkan tadi evolusi..dimana-mana ada evolusi. evolusi pasti sesuatu yang kontroversi. inovasi perlu sejajar pembangunan dunia.
kenapa org melayu sekarang sudah pandaimemandu kereta?? kenapa tidak naik kereta lembu zaman dulu2? betulkan??
kenapa duduk alam rumah batu sedangkan boleh duduk dalam rumah kayu?
kenapa pagi2 dah breakfast kat starbuck? kenapa tak makan ubi kayu hari2?
kenapa askar melayu kita tak gunakan keris dan tombak sampai sekarang??
kenapa tidak memakai baju melayu fabrik songket penuh lengkap bersamping bertanjak ke tempat kerja? pastinya org akan mengatakan anda gila bukan? kenapa ya?
itu hanya sedikit sahaja persoalanya...
boleh jawab untuk saya? kenapa??sebab benda2 sebegini sudah tidak logik pada zaman sekarang.kalau tidak boleh terima pembaharuan..saya rasa seseorang itu hanya boleh duduk didalam hutan sahaja. sebab itu saya rasa pembaharuan seiring modesasi dunia sekarang dan faktor-faktor alam sekeliling yangmenyebabkan evolusi tersebut. saya juga aktivis seni melayu. saya ingi membawanya kesatu peringkat yang lebih tingi supaya hasil seni kita dipandang seluruh dunia. dan saya akan terus berkarya membawa inspirasi-inspirasi hasil seni melayu kita...dan membentukan nya lebih ringkas dan sesuai untuk digayakan oleh manusia-manusia zaman SEKARANG....tanpa melupakan asal-usulnya..
love ZERY ZAMRY

Tuesday, December 8, 2009

Hantaran..


saja nak update pic hantaran lagi masa dilla wedding..hehe i love it..so sweet..

NONA dec 2009

hi guys!
ni my collection ada dalam NONA dec 2009..
thanks to kiffy from nona..i like the styling!! meletoppp
tapi ejaan i salah ZERY ZAMRY...hehe buts its ok..hehe
kadang-kadang ramai jugak salah eja my name..ada eja ZERRY laaa..ZERY ZAMBRI..ZERY ZAMRI...selaly confuse antara i gan y..
hehe atau ada double r...
so yang betul adalah
ZERY ZAMRY
hehehe but no problem la..hehe jangan tertuka gan ZEHRA ZAMRI sudah huhuhu
love ZERY ZAMRY

Thursday, December 3, 2009

Apa-apa ajelah..

ok..hi..hehe
semalam update dan banyak jugak komen yang diterima..hehe
bermakna ada jugak org baca lagi blog ni..ingatkan dah takde..
maybe sebab sume readers jadi silent..so come on give me some words supaya i jadi sedikit gigih untuk update!! hehee bagila komen-komen menarik..
ok i got some comment pasal last entry..
kalau uols baca kat last post..anonymous..i try to cut n paste tapi tah tak bleh plak..hehe
betul jugak kata dia..blog ni mungkin dah bosan sebab i dah tak berkeluh kesah..memang tak salah pun..hehhe.. ok i try to write something that is me..zery is zery..im not other person..hehehe
macam lagu elyana plak..jadi diriku..hehe
yeahhh kadang-kadang fikir malas nak pretend-pretend kan..maybe sebab im as a fashion designer..dan pegi mana-mana MUNGKIN org pandang..i tak cakap i popular macam designer-designer lain..tapi setelah apa yang i rasa pergi sana-sini..ada jugak org kenal..so secara tak langsung mata memandang..telinga mendengar..so kata kunci..jaga diri hiasi peribadi..hahahaaha
apa la aku dok merepek ni..
sebanarnya apa yang lahir pada tulisan ni..sume adalah pemikiran kita sebenarnya..so sapa yang baca ni..ia seperti memasuki ke dalam pemikiran si penulis itu sendiri..betul tak..
sebenarnya i suka sangat menulis, mengkritik dan berbincang lebih kepada benda-benda akademik..pembahasan..dan mengupas benda-benda yang boleh dikupas..contohnya reseach-reseach berkenaan kesenian..oh ya lupa..haritu piala seri endon...ok i akan buat satu entry pasal piala seri endon..
dan semestinya korang akan bosan la kalau i cerita pasal benda-benda ni...dan komen yang lain pulak nak bercerita pasal wedding..benda-benda perkahwinan...betul jugak cakap dia..kenapa i jadi designer..sebab i dah gifted to do so..maybe..i have magic hand n brain to create something that beautiful atau apa sahaja yang boleh melangkaui pemikiran kita sebagai manusia.apa i rasa la..kalau korang rasa apa i buat tak cantek..that is your opinion..i tak boleh nak cakap apa..
haaa beza harga antara designer n mak/pak andam..good topic untuk dibincangkan..pendekatan designer kepada org-org biasa..hurmm..sebenarnya designer adalah org biasa jugak..cuma thiz is my job.kalau korunk nak tau sangat kenapa harga designer kadang-kadang tak masuk akal..tapi sebenarnya adalah masuk akal..korunk kena tahu betapa stressnya jadi designer..memikirkan sesuatu yang indah-indah belaka..fabrication, color, potongan, details..huh banyak lagi..
dan beza korunk hanta jahit kat kedai makcik-makcik.yes mungkin baju anda akan jadi..tapi saya tak jamin baju anda akan jadi seperti yang anda idamkan ataupun bayangkan...dan kalau anda hanta ke designer yang anda percayakan..saya rasa baju tu akan sesuai dan mungkin lebeh cantik dari yang anda idamkan..HANYA dengan anda perlu melabur sedikit kewangan anda...cehh dahmacam jual direct selling aku cakap..hahaha
kualiti itu mahal..thats i refine as a designer..inginkan kelainan..so duit pun sangat kelainan..dan saya tegaskan ..saya as designer..boleh dibawa berbincang..cuba call or sms me..saya akan layan..tanya design, fabric, harga..sebab saya rasa..butik-butik pengantin sekarang pun harga dah mencecah ribuan ringgit untuk sehelai baju..sama jer..beritahu apa certain buget atau amount supaya i as designer boleh mengatakan iya atau pun tak dapat den nak nolongggg..hehehhe
ha kan dah panjang lebar bercerita..kalau anda kata baju wedding rm4000 itu mahal..anda cuba ke jakel..dan cari kain.beli sendiri..contohnya french lace 4 meter dan lining..paling2 tidak 2000...workmanship jahitan...pas tu nak jahit manik..beli swaroski..upah org jahit manik..tampal batu..buat sulam..haaaa..tolak-tolak sume sekali 3800...so keuntungan designer dapat?? adala dalam 200 mana nak makan..mana nak bayar sewa kedai, bayar keta..hahahaha
so fikir-fikirkan lah..hehehe
dah malam..penat dah..oh tadi i pegi YODA..fashion show..next i buat ulasan pasal tu..
i need a rest..good nite bye..
love ZERY ZAMRY

Wednesday, December 2, 2009

NO title..


kalau nak ikutkan memang malas nak update blog ni..tapi hehe kalau update best jugak..haha apa aku cakap ni..
dan bila tatau nak update apa?? dan apa yang aku nak tulis??

so apa kata para readers blog ni..komen la..apa yang uols nak tau..so supaya i boleh tulis..pasal apa-apa sahaja..

sebenarnya banyak yang boleh diceritakan ataupun nak mengulas..tapi tulah dia bila nak menulis jer sume idea terpadam..tapi bila berfikir sorang-sorang..banyak plak idea..pas tu lupa balik..haiya..

dan sebenarnya blog ni dulu terdiri daripada luahan-luahan hati i yang lepas-lepas..sejak dari i study lagi..sapa yang baca dari mula-mula mesti perasan kan?? so sekarang ni blog ni dah macam fashion blog..sebab i tak lagi atau jarang menulis pasal kehidupan seharian, masalah-masalah peribadi atau apa sahaja kedalam blog ni..


apa yang buat aku gembira?? hurmm oh dah desember yay its my beday around the corner!!
31 december!! so jangan lupa!!

teringat dulu selalu i tulis dalam blog ni apa yang i nak..apa yang i idamkan..hehe
my wish list..haaaa miss that..hehhehe
sebenarnya banyak yang i ceritakan tapi maybe terbatas dengan perkara-perkara tertentu..pengalaman demi pengalaman..hari demi hari..banyak yang memantangkan diri i..rekaan i, kerja i..dan semualah..hehe
dan juga banyak lagi yang perlu i pelajari..terima kasih yang tak terhingga kepada penggemar ZERY ZAMRY..penyokong ZERY ZAMRY..dan semua yang hadir dalam hidup ZERY ZAMRY..dan yang mempercayai hasil kerja ZERY ZAMRY..sangat saya hargai..
dan untuk itu..ZERY ZAMRY akan terus mengeluarkan rekaan-rekaan yang saya rasa anda sendiri mahukan..terutama dalam mereka pakaian wedding melayu kontemporari..gabungan barat dan timur..tanpa mengenepikan budaya dan adat kita sebagai seorang melayu yang masih mengekalkan itu semua...insyaallah..


love ZERY ZAMRY