Monday, July 28, 2008

My life will go on...as usual..


....Bila memulakan blog je..mesti sorry guys...sebab lama tak update blog ni kan..aik dah kenapa pic dynas dengan baju i tu...sabar yek baca la sampai bawah..huhuhuhuh
realy busy sebab nak siapkan baju customer..lagi nak anugerah stail eh 6 ogos ni..ermm

n so hidup macam tak menentu thiz 2 3 weeks...kesana kesini..banyak benda yang nak dipikirkan..uhh peninnnn..i do read beberapa new blog that give me inpiration to be like themm....cool people..cool personality..n best la kadang2 kita baca tentang kehidupan org lain...n the kita rasa kehidupan kita sendiri cam bosan...tatau la org lain yang baca my blogkan?? tapi bila kita baca blog org lain kita rasa exited..tatau kenapa...then still berangan..kalau jadi cam dia kan best..n maybe thiz blog i will terus melihatnya dari semasa ke semasa...nak tau blog apa?? takpelah..maybe nanti i letakkan url dia....


this a guy blog..then he manage his live so nampak cam best..tatau la..but dari segi kerjaya..n all nampak very berjaya la...hahaha..yeah we still get inspired by others kan..even kita sampai tahap mana pun..i like to baca tentang kehidupan org lain..i mean kita try pakai kasut org tu n try to be them....just from reading n baca blog org tu kan....soooo rasa teruja yang amat..


ok berbalik about my blog...i pun tatau ada org baca ke tak?? coz we dont know or people just bukak n tengok2 n close again...macam i cakap kat megat uesof..hahahha...banyak benda yang tak berupdate...from now days..many goods thig n bad thing maybe will hapend...i dont know...just try to be relax n calm... just laluinya dengan penuh rasa kenikmatan ...life must go on..try to be good...enjoy the life...ada masalah tu cuba selesaikan....

oh i got this quote from my inpired blog....


Every day is a new opportunity. You can build on yesterday's success or put its failures behind and start over again. That's the way life is, with a new game every day, and that's the way baseball is


oh ya..im dieting again..haha tak makan nasi..n try to go to gym balik..every day..insyaallah....sebab rasa diri dah terlampau-lampau tembam sangat...hahaha...so maybe a few days..maybe busy jugak..with working n all...n insyaallah M-IFW tahun ni i akan join..doa2kan lah dengan new colection...Malaysia International Fashion Week..akan diadakan pada november...end of november..dan my show akan dijangkakan pada 26 november.....maybe...will see jika tuhan izinkan..n untuk ANUGERAH PEREKA POPULAR.....jika anda rasa anda suka baju dynas..n penggemar ZERY ZAMRY...anda boleh undi...saya tidak memaksa..sebab undi mengundi ni memerlukan pergobanan seseorang tu dengan iklas...so sapa yang rasa sayang kredit tu its ok..saya faham...so disini ada dikepilkan beberapa pic baju dynas...sape2 nak undi boleh layari.....terima kasih....




take care..bye..
love ZERY ZAMRY

Monday, July 14, 2008

what number u are????

nak tau my number?? ermm saya no 4. what does number 4 say bout me?? ermmm jeng jeng jeng...
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin.(memang pun...huhu tapi rajin uols..) Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. (no komen la) Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. (ahah sangat kalau org tu ceritakan masalah dia) Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. (kalau tak takkan la jadi fashion designer kan????)Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.(yup kalau berkemampuan la mesti tolong) Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. (ayo keji sangat..sapelah kawan2 tu kan??? hurmmmm)Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
so nak try? baca sendiri lah..huhuhuhu

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1----Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2----Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3----Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4----Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5----Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6----Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7----Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8----Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9----Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

hectic day...all day out!!

ermmm when i bukak ke blog ni n rasa nak update..ayo so lazy la rite now..rasa malas giler nak update blog..tapi sebab pembaca2 n fans..erm i update la sikit2..

so banyak sebanrnya yang tak berupdate..wedding, events n all..sebab my pendrive hilang..so tak terbeli2 lagi..so sebab tu pic from my fone tak transfer2 lagi....malas n litle busy...hehe


thiz story bout last friday...pagi2 buta dah kena bangun..i n other designer ada fotoshoot with seventeen magazine..shotting at studio kat celah kepong mana tah..


me, hatta dolmat, rizman ruzaini, khairi sufi, anizam ysof. nik erwan, alex, alwyn...



represent the next generation fashion ultra GLAM designer in malaysia...huhuhuh


then lepas tu pegi jakel cari fabric..until petang..here n there jam sana sini..the to pavalion..ada mifa party....hot underwear party..huhuh at redbox plus..



at the bar..


mr rahizza rahman with dato' tom..


danny, me, hatta, n rahizza...still having fun..until 11.30.

the hot show..huhuhuh

dan lagi..huhu

makan hati kan..body diorang..huhuh

the finale...huhuhuhu

then out from pv to bb...lepak kak ara..minum...party until nite long...heheehe


bye take care..


love ZERY ZAMRY

Sunday, July 6, 2008

Kurung moden eksotik kekal budaya tradisi

BERITA MINGGU
Ahad, 06 Julai 2008
2 Rejab 1429

SEJAK Berita Minggu memperkenalkan kolum kenali gaya beberapa pereka fesyen turut menghantar gambar-gambar koleksi rekaan mereka. Antara yang menarik ialah koleksi kurung moden eksotik sentuhan pereka berbakat besar, Zery Zamry.

Koleksi ini dipersembahkan melalui olahan gaya baju tradisional Melayu iaitu baju kurung yang terkenal dengan identiti pesak dan kekek. Baju kurung, persalinan yang paling cocok bagi menonjolkan kebudayaan Malaysia. Cirinya jelas berimejkan budaya dan kehidupan bermasyarakat. Rekaannya yang longgar bukan saja selesa malah sesuai dikenakan semua peringkat usia.

Kata Zery Zamry, bukan niat merosak gaya tapi olahan persalinan tradisi diberi nafas baru akhirnya dizahirkan dalam persalinan serba anggun. Koleksi gaun petang dan gaun koktel yang dinamakan Kontemporari Kurung Eksotika adalah interpretasi gaya mewah yang menggabung jalinkan pertembungan cita rasa Timur dan Barat tapi istimewanya ia gambaran jati diri masyarakat Malaysia melalui penggunaan pesak dan kekek.

Inovasi gaya baru baju kurung oleh Zery Zamry menggambarkan sifat feminin, glamor dan elegan khusus untuk wanita berusia antara 23 hingga 40 tahun.

Garapan tona romantis ungu, kilatan perak dan warna cerah turquoise antara warna yang dipilih sesuai aliran fesyen masa kini. Dihasilkan menggunakan fabrik sutera mewah dari jenis sutera taffeta, sutera sifon, sutera Thai dan sutera satin mewakili budaya Timur yang cukup terkenal dengan sifat sopan dan merendah diri. Sentuhan gaya bertambah anggun dengan material PVC menjadikan ia kelihatan lebih menarik.

Koleksi Kontemporari Kurung Eksotika tambah mewah dengan tatahan batu kristal, permata Swarovzki, dihiasi renda yang sememangnya menjadi 'trade mark' koleksi Zery Zamry. Menambah anggun dalam persalinan, Zery Zamry menggunakan aksesori tradisi Melayu yang biasanya digunakan kaum lelaki iaitu tengkolok sebagai pemanis gaya sekali gus simbolik kekuatan Melayu.


INFO: Kurung eksotik kontemporari

Zery Zamry sememangnya menggemari rekaan berkonepkan kontemporari dengan menggabungkan unsur tradisi di dalam setiap rekaannya.

Himpunan gaun petang dan gaun koktel daripada koleksi Kurung Eksotik Kontemporari menggunakan elemen 'kekek' dan 'pesak' yang ada pada busana tradisi Melayu seperti baju kurung dan baju Melayu.

Cirinya juga terserlah melalui potongan leher busana yang dihasilkan seiras potongan leher baju kurung tapi bagi menampakkan keindahan dan kehebatan rekaan, Zery Zamry menggunakan tatahan manik, kristal Swarovski juga batu permata sebagai elemen tambahan.