Thursday, July 16, 2009

Elyana in Zery Zamry's

ok..next entry..pasal ELYANA juagk..sebab macam ade mood2 lagu kalis rindu gitew...haha
sebab i pun tak penah kaji apa dan dimana elyana telah memakai rekaan i..so kali kini i nak listkan..mungkin ada yang tertinggal..nanti i tengok balik k..

so kalau nak diceritakan i mengenali elyana sejak 2005 kalau tak silap i...dan rekaan pertama ialah aim yang ke 13...dalam tahun 2005 atau 2006 tak pasti....masa tu elyana buat show n for red carpet....

korek2 balik file lama..haaa muncullah..baju ni my black pink pola dot collection..baju atas ni untuk show....

dan baju ini semasa red carpet....dan waktu ini huhuh elyana sangat kecil molek gitewwwww..huhu saiz 8 jer...

dan baju selepas itu..ermm maybe i tak ikut turutan...baju anugerah era...bertemakan denim dan kulit..so terhasillah rekaan high wasted dress denim dipadankan dengan singlet...tetap pinkish...

ohhh yang ni aim tahun lepas kot...greek goddes..silver draping dress...

ajl 2 tahun lepas..lagu tak tercapai akalmu...gothick rockstar..


ni semasa i was nominated 10 best wedding designer..so i bawak nana memperagakan baju i semasa lauchingnya di great eastern mall..ampang..

lagi pic weeding dress..


ni shotting for some mag... glam rock jugak..

barbie doll look....

me n nana..

ni plak masa launching album Jadi Diriku @ Planet Hollywood..

APM @ KLCC...last year..

Glam black gold sequin dress..

yang ni yang latest sebelum bertunang hari tu..AJL lagu Kalis Rindu @ Bukit Jalil...

konsep-konsep doll jugak...with pinkish2 roses..

ohh ni plak masa MIFA launching..red carpet n nana jadi my muse..

gold long dress..

itu sahaja rasanya..nanti kalau ade yang tertinggal i akan update lagi k..
hehehe so have fun!!

bye take care..

love ZERY ZAMRY

Tuesday, July 14, 2009

Elyana Engagement..






hiiiiiiiiiiiii!! hehehe lama sangat tak update..busy sikit..so kalau lama tak update nanti gamba2 ni jadi basi lak..hehehe
so terimalah gaba-gamba pertunanngan elyana dengan khairul anuar...
dan bajunya dalah dari saya zery zamry..hehehe so anda nilaikan sendiri...

Niat adalah lagu yang pernah mengangkatnya dan meletakkan beliau sebaris bersama artis popular di Malaysia. Cukup dikenali dengan lagu hit Tak Tercapai Akalmu dan Kalis Rindu, Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana, 22 tahun, dalam usia yang begitu muda mengambil keputusan nekad untuk mengubah status hidupnya. Elyana memilih untuk mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya. Khairul Anuar Hussin anak kelahiran Pahang Darul Makmur.


Memulakan kerjaya seninya ketika masih di bangku sekolah, Elyana kini telah menempa nama sebaris dengan Artis popular tanah air dan pernah di nobatkan sebagai artis baru wanita paling popular ABPBH 2003. Sembilan tahun di dalam industri hiburan tanahair, dengan empat album atas namanya tidak keterlaluan jika dikatakan Elyana telah menempa kejayaannya sendiri. Perjalanan seni Elyana tidaklah begitu mudah seperti yang diramal walaupun banyak jatuh bangun yang terpaksa dilaluinya.


Membawa imej remaja yang unik dan bersahaja, Elyana seringkali mendapat perhatian peminat dan media yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya pilihannya.

Berani mencuba, Elyana mengorak langkah dalam bidang lakonan melalui drama pertamanya Dunia Baru. Eksperimentasi Elyana mengangkat beliau ke satu cabang seni yang baru, malahan meningkatkan populariti beliau. Di ikuti dengan drama Renjis, Elyana bakal menemui peminatnya dalam drama terbaru berjudul Katrina Kamelia yang akan disiarkan di Astro Prima.


Semuanya berlaku begitu pantas dengan Elyana, sama seperti keputusannya untuk menerima lamaran Khairul Anuar Hussin yang melamar pada tahun lepas. Justeru, Khairul Anuar seorang pemilik sebuah restoran makanan Jepun di Bangsar, telah menghantar keluarganya untuk merisik gadis pilihan hatinya tersebut pada 11 April 2009. Persetujuan diterima dari kedua keluarga dan telah sepakat memilih 11 Julai 2009 sebagai tarikh pertunangan mereka. Tempoh pertunangan dijangka kurang dari tempoh setahun. Tarikh perkahwinan masih di dalam perbincangan. Bakal dimaklumkan kepada pihak media kelak.


Namun, pertemuan Elyana dengan Khairul telah terjalin lebih lama dari itu. Elyana dan Khairul telahpun berkenalan pada 9 April 2006 lagi. Khairul tidak menjangka gadis yang dikenalinya ketika itu adalah seorang artis, kerana Elyana berseloroh memperkenalkan dirinya sebagai peniaga kecil-kecilan yang menjual Tupperware. Sifat selamba Elyana inilah yang berjaya menawan hati Khairul untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi.


Majlis pertunangan yang diadakan di Jeumpa D’ramo, Bangsar ini mengabungkan idea kreatif dari dua pakar di dalam industri fesyen Datin Lynda Rahim dari Butik LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR dan busana oleh Zery Zamry, pemenang Anugerah Jarum Berlian 2006, dari Butik ZERY ZAMRY COUTURE, SHAH ALAM manakala dandanan solekan oleh jurumekap SAIDATULNISA. Pengacara majlis pertunangan yang berlangsung secara sederhana namun tetap meriah dan dihadiri oleh kaum keluarga, teman rapat dan pihak media ini dikendalikan oleh Hilmy Ashley, penyampai berita dari Bernama TV.


saat manis disarungkan cincin oleh kakak khairul di jari manis elyana..

elyana turun dari atas.

oh ya..hantaran belah elyana saya sendiri yang gubahkan..teman dia ala2 gothic skit..so i banyak guna red roses n anggur..dan bulu2 ostrich hehehe bersama pasu2 berlumut...

lagi hantaran..

elyana di make up oleh kak sai..

oh tengah pasang butang hehehe

inilah dia elyana bersama khairul..di tangga pusing2..huhu


pelamin yang bercirikan gothic rock star..huhhu adalah hasilgabungan idea i dan lynda rahim..

ohhh sape lagi..huhuh i gan elyana la..huhuh

meletoppppppppp!!


manis baju ni memang khas untuk elyana...watna skin nude color merah n gold..
baju ni special sebab berinspirasikan tema punk glam(TETAP KAN...) So dipenuhi jahitan jemeki dan stud-stud emas di veil, leher dan lengan..

semasa pc..





so?? anda suka?? heheheh banyak sangat pic..tak larat nak update la..nantiu i updatekan lagi k..take care..bye..

love ZERY ZAMRY

Sunday, June 28, 2009


Hi guys..dah lama sangat rasa nya tak menulis kat blog ni..dulu selalu menulis sebelum set up nya my new butik ni..skang ni sampai takde masa nak menulis..huhuhu

Oh I nak ucapkan thanks so much kat my fwen Isaac yang baru balik from paris, france..dia belikan I magazineVogue collections 4 autum winter 2010..yang baru je publish kat sana..i dah dapat dah..hehe

Kalau sape-sape penah baca my previos entry I ade cerita yang my fwen belaja kat sana france..isaac nama dia..dah dekat 2 tahun dia pegi skang ni dia balik cuti summer break..


Dah lama rasanya tak meluahkan perasaan kat blog ni..been while sebab blog ni dah jadi my web site..sebab web site I tak siap lagi..so banyak my customer browsing my blog ni…so mesti diorang akan baca apa tang terbuku dalam hati I ni..huhu so takpelah nama pun blog..tempat untuk apa saja kita boleh lakukan..so my blog is like ape2 je lah..huhu tempat I letak my new design n tempat I meluahkan..tempat biznes..sume la sekali..huhuhu

So apa yang nak I tulis?? Hurmm hehe banyak sangat yang nak I tulis..tapi tak tau nak start dari mana??


Oh dan projek seterusnya..nak kata rahsia..rasanya tak lagi..penyanyi ELYANA bakal melansungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya pada 11 julai 2009 bertempat di ju’mpa di ramo..bangsar..dan I dipertanggung jawabkan untuk mereka persalinan beliau pada hari bersejarah itu..dan juga konsep yang akan disusun atur untuk majlis tersebut dan berkerjasama dengan Lynda Rahim untuk decoration tersebut serta dulang-dulang hantaran..pelamin..dan untuk baju I dipertangung jawabkan 100%...konsepnya modern + tradisi + glam + punk + elegant…panjangkan..nanti kita akan lihat hasilnya nanti..huhuh



ok ni i publishkan 4 the first time kad jemputan tunang elyana..maybe ade press yang dah dapat kad ni..konsepnyer merah putih dan hitam...ermm so sape2 yang nak datang rsvp la kat zuhairry...call or sms dia..

tinggal lagi lebih kurang 2 minggu sebelum majlis berlangsung..saya boleh katakan persiapan nya semua meletop untuk sebuah majlis pertunangan..hehehe so nantikan..i akan updatekan lagi pasal baju..n benda2 lain..hehe bye..

take care

love ZERY ZAMRY



Friday, June 19, 2009

shooting...

hi guys..sorry tak update blog lama..busy skit..banyak benda nak dibuat..shoting an all..
pic kat bawah ni shooting kat my butik..salah sebuah majalah..nanti dah keluar baru leh bagitau..huhuhu



ok ermm rasanya semua dah tau..elyana bakal bertunang 11 julai ni di bangsar..so i telah dipertanggungjawabkan untuk plankan semua majlis ini termasuk baju dan pelami sume..dan i akan bekerjasa dengan Lynda Rahim untuk decoration sume..

so nantikan my post next pasal idea..hantaran..baju dan sebagainya..sume dibuat khas untuk ELYANA..baju yang sangat istimewa..hehehe..

ok nanti i post lagi.bye
take care

love ZERY ZAMRY

Monday, June 1, 2009

New Designs in boutique

brand new shoes..red color..size 6 & 10 available..RM380 per pair..

short dress dusty pink..with tweed piping..size m..RM580



Monday, May 25, 2009

AYAM kaler-kaler!!


hi..ok i just nak share something..ermmm rindu masa zaman kanak2 riang ribena..hehe
ermm mesti korunk pelik?? ayam?? kenapa gan ayam??? so sape tengok gambar ni dah tau dah...atau ada yang tak tau?? wahhhh ayam warna warni!!! hahahha comel kan??

ermmm just nak share i miss those anak2 ayam ni..hurmm dulu masa kecik i bela..n banyak ade lebih 30 ekor ayam pelbagai warna...sakng ni susah dah..tak tau mana nak beli..dulu masa kecik2 beli kat pasar malam..satu 50 sen jer..

ada sape2 tau kat mana ade jual?? i nak beli sangat!!! huhuh suke sebab dia comel sangat!!! skang merata i pegi pasar malam nak cari tapi tak jumpa pun...hurmm sedih kan?? i love the pink one...kalau dia boleh buat polka dot hitam kat ayam pink mesti gempak kan?? nanti i bagi free gift masa my fashion show..sume dapat anak ayam..huhuh cool hah??? hahahaha....

geram tengok pic ni..i just cari kat google jer..dulu i ade macam2 warna..hijau merah kuning biru pink...tapi masa kecik je..bila dia dah besar sikit dia jadi ayam warna putih..so nnak sembelih boleh or lepas kan je la..hehehehe so sape2 yang tau ade jual kat mana let me know k..i nak beli 4 my anak buah zayra..hehehe


bye take care

love ZERY ZAMRY

hi!!!

baju ni dilla pakai masa raflesia hi tea...modern kebaya...

hi guys!!! ok sorry tak update beberapa hari..bz jugak..hehe
ok just nak bagitau i buat some promotion sebab nak raya n wedding..
so sape2 nak buat baju kurung modern 3 pasang keatas i akan kasi murah..pakej with beading n all...3 pasang n beading rm1+++..huhu nak tau call me k..

N 4 wedding jugak i buat pakej sume..so try me..hehe ur will lovin it!!


just nak share..thiz one is my fav pieace of my intrepetation of kebaya nyonya..heheh lawa tak??? ada org nak buat camni??

ok bye take care..

love ZERY ZAMRY