CLASSIC GLAM RAYA 2012
Classic Glam adalah tema koleksi untuk hari Raya Aidilfitri
yang terbaru oleh pereka fesyen Zery Zamry. Menampilkan 10 koleksi yang
bercirikan moden dan sofistikated, glamor dan klasik yang kesemua bermain
dengan warna asas hitam dan putih membuatkan pemakai tampak lebih elegan dan
klasik.Koleksi ini berinspirasikan daripada cara berpakaian dan stail gabungan
antara 2 idola fesyen lama timur dan barat
kita iaitu allahyarhamah Puan Sri Saloma dan juga Audrey Hepburn.
Bersesuaian dengan temanya ‘Classic Glam’ , koleksi raya pada
kali ini menampilkan kelainan dari segi rekaan, jenis fabric dan perincian bagi
setiap helai baju mahupun skirt tetapi masih tidak lari dengan kehendak tren
terkini dan pastinya gabungan idealistik budaya tradisi yang menonjolkan
keayuan di hari lebaran nanti.
Di antara emfasis yang ditonjolkan oleh hasil rekaan Zery
Zamry adalah baju-baju yang mempunyai unsur-unsur tradisional dan diberi nafas
moden kepada hasil rekaannya. Rekaan kegemaran seperti kurung moden, kurung
kedah, kebaya jarang masih dikekalkan disamping rekaan terbaru seperti top
potongan peplum yang ditampilkan di dalam koleksi ‘Classic Glam’ ini.
Penggunaan fabrik-fabrik bercorak seperti polka dot, jalur, berbunga broked
menampakkan elemen classic yang cuba ditonjolkan. Kepelbagaian texture pada
skirt-skirt juga dititikberatkan dengan elemen-elemen ‘movement’ sangat menarik
pada koleksi ini.
Keistimewaan rekaan pakaian di dalam koleksi ini dapat
dilihat melalui ketelitian dan kekemasan jahitan serta kepakaran Zery Zamry
dalam menggunakan elemen-elemen forte Zery seperti manik dan tatahan butiran kristal
Swarovski yang tidak terlalu sarat pada rekaannya.Penggunaan fabrik yang glamor
dan sofistikated juga telah digunakan ke
dalam rekaan koleksi raya 2012 Zery
Zamry ini seperti sequin fabric, organza silk, shantung silk, chiffon silk,
french lace dan satin silk. Selain itu perincian seperti bow, tussel dan sequin
banyak menatari koleksi ‘Classic Glam’ ini.
Teknik-teknik yang digunapakai menerusi buatan tangan yang
halus atau couture seperti draping, pleats, patching, tulle-gathering,sulaman
manik dan juga sulaman berbentuk bunga ros hitam dan putih di dalam rekaan
beliau. Zery Zamry memberi sentuhan kelainan yang lebih moden, sexy dan memberi
perasaan understated elegance kepada pemakainya. Koleksi ini sesuai digayakan
ke rumah-rumah terbuka dan majlis-majlis formal ketika dibulan syawal nanti.
Antara golongan sasaran yang di sasarkan ialah wanita2 berkerjaya, golongan
vvip dan artis-artis tempatan yang mahukan kelainan dan berani dalam berfesyen.
Muse pada kali ini ialah Natasha hudson dan Sabhi Saddi.
Koleksi ‘Classic Glam Raya’ ini, dalam erti kata lain,
membawa pemakainya untuk menjiwai rekaan yang glamor, moden dengan elemen
tradisi melayu di hari lebaran. Harga bermula rm2000 dan keatas. Untuk
keterangan lanjut sila emaikan kepada zerry84@yahoo.com atau http://zeryzamry.blogspot.com.
ZERY ZAMRY- +60176519056.
No comments:
Post a Comment