Wednesday, May 7, 2008

Menodai, cendawan, susu, tapak dan..............

wahh..makin panas isu2 dalam blog sekarang ni...

n so on my story about celah bed....ermm lupakan lah.takde mood nak sambung..hehe yang lepas biarkan lah berlalu...hari berganti hari....macam2 yang berlaku..dan hari esok kita tidak tahu apa yang bakal terjadi...cuma berhati-hati...

ok...berbalik kepad tujuan blog ini..kegiatan dan akal fikiran saya bakal terluah di pemidang ini...kadang-kadang apa yang perlu kita luahkan..kita harus luahkan..pemikiran kita yang kadang-kadang tidak seberapa harus diberi kepada org lain untuk dikongsi besama..susah senang begelar pereka muda....macam2 untuk diluahkan..dan takde sape yang tahu...
Ok saya banyak mendapat email yang bertanyakan itu dan ini. Bestkah menjadi seorang pereka fesyen dan bergeluman dalam dunia glamor dan didampingi artis sana sini. Best memang la best sebab kami para designer saya kira mesti mempunyai artis kegemaran masing walaupun artis tersebut tidak dapat didampingi dan berada jauh beribu batu nun entah dimana. Jadi yang bernasib baik, artis kegemaran yang didepan mata, apa lagi ingin juga menyarungkan nya dengan hasil rekaan sendiri.rasa puas bila melihat hasil rekaan kita diperagakan dan mendapat pujian. Sapa yang tak suka kan??

Dalam industry kita ni, pusing-pusing situ jugak, tak besar mana. Kalau semalam kelmarin bermasam muka, esok lusa jangan terkejut dah cium mulot balik. Dan saya rasa untuk apa yang saya lalui sehingga sekarang ini…banyak kisah2 duka yang hanya saya dan teman-teman rapat saja yang tahu. Org luar hanya menyaksikan apabila baju-baju telah siap dipakai..lawa..glamor..disebalik pembikinan prosesnya..takde sape tahu..tak tido malam tu biasa la…menjahit, memotong..kami bukan main arah pekerja je…tengok2 dah siap..macam tu boleh la kuar 12 koleksi 3 hari pun siap…

Cara kami bertapak dalam industry mudan mudah. Nak bersaing dengan nama-nama besar dang ah..kami diibaratkan cendawan yang baru tumbuh selepas hujan..kata pun cendawan..fragile..nipis.kala dipijak terus mati la jawabnya..ada cendawan yang berpayung..ada yang dipayungi pokok-pokok besar, ada juga yang menumpang diatas dahan, cendawan kembar, dan ade juga yang teguh berdiri dengan sendirinya…macam2…

Saya juga perasan akan kehadiran ramai designer-designer yang lain..atau dalam segi kata lain..walaupun design ado…tetap dengan title pereka fesyen…sape2 boleh jadi pereka fesyen..walaupun belaja nak jadi engeneer ke..lawyer ke…apa2 saja…baca magazine..dan buat macam tu sama, jual..or bagi artis pakai..dah jadi designer….ataupun sebelum asas-asas senireka diterapkan didalam diri, mungkin seseorang pereka itu akan melakukan plagiat yang nyata…saya ulangi plagiat yang nyata zahir dan batin…nak tau maksudnya? Sebentar lagi k.

Kadang2 kami dipersalahkan menjadikan industry fesyen di Malaysia telah tersasar jauh..jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kanak2 dan juga org dewasa memerlukan susu juga..kalau dah rosak sebelanga, nanti nak minum apa..tinggallah susu2 basi dan masam yang tinggal untuk diminum..kerana susu sebelanga tadi telah rosak kerana setitik nila. Tetapi ingat, kemudian hari banyak belanga-belanga susu akan muncul kerana permintaan yang tinggi kerana susu segar sedap… Atau mungkin banyak ternakan lembu yang mengeluarkan susu susu dari pelbagai kualiti dan jenama. So tepuk dada Tanya selera..sape boleh pilih nak susu masam, cheese, duch lady, everyday, anlene, susu cap junjung, sume ade Cuma yang beza..harga, kualiti, daya penarik, promosi dan sebagainya….tetapi tidak juga boleh salahkan nila tadi…kadang2 ia tertumpah..dan sepatutnya nila diharamkan!!!! Kenapa perlu letak nila dalam susu? Tah la…huhuhuhuhu

Ok habis citer susu…mungkin zaman sekarang dah berubah..dan harus menerima perubahan…apa-apa disekeliling, harus peka dan mengambil peluang yang hanya mungkin datang sekali dalam hidup. Bagi kami designer muda , apakah cara untuk bertapak, itu pilihan kami semua..dan tapak itu bukan mudah untuk dibina(bagi setengah-stengah kami-ada juga tapak jalam merah pun ade, tak bersimen pun ade). Tapak kami dipiling sampai kedalam perut bumi. Tak mungkin begoyah dan susah untuk tumbang dengan hanya jika angin sepoi-sepoi bahasa menempias tapak kami tadi. Dan tapak ini mampu untuk mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi mencapai langit biru…sumenya berbeza pada kekukuhan…ada yang mampu setinggi menara eifel, setinggi klcc, dan juga serendah bangunan setingkat, lain tapak dan asas campuran simen dan pasir, keluli ke tidak, lain lah bangunan yang akan dibina.

Saya menulis hanya bagi pandangan saya apa yang terlakar di benak fikiran..saya mempunyai banyak idealogi-idealogi baru yang harus saya lunaskan.tatapi mempunyai masalah kekurangan modal.saya kira kebanyakan designer muda masih tidak mempunyai kedai atau butik dan sebab atas dasar itu, kami boleh diperlekehkan walaupun hanya berususan dirumah. Sebab itu kami pilih untuk dikenali dahulu. Dan seterusnya sesiapa yang berkenaan akan mencari kami di kemudian hari, dan bukan kami lagi yang terkinja-kinja di acara-acara karpet merah dan lain-lain acara. Menjual baju adalah lain dengan menjual nama. Label yang terlekat disehelai pakaian itu amat mahal harganya dengan hanga membeli baju di kedai-kedai yang tidak dikenali.dan lain-lain acara. Kain dimana-mana pun sama.Cuma kuliti dan cara pemotongan yang berbeza. Dari segi design juga..
Ok berbalik pada perkara diatas tadi..plagiat..bermaksud meniru bulat hasil usaha kerja org lain dan menjadikan sebagai hasil kerja kita. Dalam industry seni dan reka, plagiat memanglah diharamkan sama sekali tetapi mangambil inspirasi adalah salah satu cara pereka-pereka mengeluarkan idea-idea mereka. Dengan adanya magazine, internet, senang saja mahu melihat rekaan-rekaan terbaru dari kota-kota fashion seperti paris, new York dan sebagainya. Sebabnya kami di Malaysia, tanah air sendiri yang jauh dari kota-kota fashion antarabangsa itu, dan selalunya org akan memandang arah kiblat fashion Negara kepada rekaan-rekaan pereka tersohor tersebut.jadi apa yang pereka-pereka tempatan mahu buat?

Di runway hanya pakaikan kain batik berkemban dengan berkaki ayam? Elyana sudah mempraktikkan berkaki ayam. Nak kata berkemban? Memang trend berkemban. Jadi trend-trend antarabangsa dijadikan sebagai guid line dan inspirasi sebagai memenuhi kehendak orang-orang Malaysia yang berangan mahu ke paris Milan dan sebagainya. Tetapi ada juga segelintir pereka mencedok idea bulat2 dari pereka-pereka antarabangsa dan mengaku bahawa rekaannya itu tulen dan asli. Lagi2 kalau rekaan tersebut menang sebagai best dress…ohh apakah yang terjadi dalam industry fashion kita.dimanakah juri yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam fashion of the world…dan bila juri ditipu bulat-bulat…maknanya juri itu tidak layak untuk bergelar juri..dan lagi-lagi kalau pembawa pakaian tersebut Nampak selekeh dengan tiada sebarang persiapan bagaikan bersiap 5 minit sebelum majlis bermula…malu sungguh..

Untuk qifa..andai kamu membaca..apa yang dipost dalam blog kamu merupakan salah satu plagiat dalam sedar mahupun tidak sedar..baju hijau tu sah2 sama..yang 2 dibawah saya anggap sebagai hanya mencedok inspirasi dan ditukarkan kepada signature gaya seseorang pereka tersebut. Mungkin kita hanya mengambil inspirasi dari teknik2 ikatan, dan fabriknya berlainan dan warna nya berlainan…menjadikannya rekaan yang tersendiri..detailing yang lain..kadang-kadang designer tempatan jugak selalunya terclash idea…mengeluarkan rekaan yang hampir sama tetapi tidak serupa. Kerana idea-idea akan berpusing dan berpusing..sape cepat dia dapat..sape buat dulu dia yang punya..yang buat kemudian dianggap meniru..begitulah lumrah kehidupan..

Dalam diri saya juga, saya mempunyai beberapa pereka idola saya yang saya perhatikan rekaan-rekaan nya.mungkin pengolahan antara kami membuatkan sesuatu rekaan itu menjadi berbeza..walaupun dengan inspirasi yang sama..kalau ikutkan hati,saya lebih selesa mengunakan potongan-potongan khazanah bangsa kita sendiri seperti baju kurung, kebaya..dan hasil usaha itu saya melunaskan dalam thesis saya yang beratus-ratus muka surat itu iaitu EVOLUSI BAJU KURUNG DI MALAYSIA. Banyak yang saya pelajari dari situ.contohnya kebaya juga banyak yang boleh diubahsuai dengan mengaplikasikan trend-trend dan fabrik2 antarabangsa.

Seperti saya tulis sebelum ini, seseorang pereka itu mempunyai signature gaya tersendiri ataupun identity yang membezakan dia dengan seorang pereka yang lain.walaupun inspirasi dari celah mana sekalipun, apabila diolah akan tampak baju rekaan sipolan-sipolan. Fashion wnita memang cepat berubah dari semasa ke semasa. Tapi ingat andai berkiblatkan fashion antaranbangsa, satu saja ingat kita masih di Malaysia. Malaysia yang mempunyai pelbagai adat dan budaya, kepercayaan dan tata susila yang menjadikan Malaysia berbeza engan Negara-negara lain di dunia. Kita mempunyai pakaiana kebangsaan kita. Hari-hari perayaan dipehuhi dengan lambakan baju-baju yang sesuai untuk majlis perayaan. Kata kunci tetap dengan kurung mahupun kebaya moden disuntik dengan elemen-elemen moden. Orang melayu, pergi kemana sahaja tetap akan cari belacan dan budu. Tidakdapat dipisahkan lagi. Begitu juga dengan unsur-unsur pemakaian dan etika kita bila musin perayaan tiba....BERSAMBUNG..

4 comments:

MORIBAYU said...

yeap
u right,zery
orang selalu tgk kita dari satu sisi
tapi ke utk ke satu sisi yg dilihat itu siapa tahu ???
orang x-pernah tahu or nak ambik tahu
sisi2 yg lain..............

yg nyata
the show must go on


penat , tergolek keletihan
biar sendiri saja yg tahu

zzzzzzzzzzzzzzz ( arghhhhhhhhh me dah penat dah nie , couse byk tempat nak pergi )

zzzzzzzzzzzzz

qifa said...

hey there zery..
i am so sorry..if i offended you guys as a designer...
sorry again..
just keep in mind..ape yg dlm my blog is all about opionity...

Anonymous said...

plagiat nie dah lama kita cakap2kan..
kerajaan sendiri pun da berkempen dah..
memang salah ambik orang nyer idea..
n then jadikan idea sendiri..
ini kiranya memang jenis manusia yg betol2 hipokrit..
x rasa bersalah ker??

nia said...

i am all to support your 'hujah'. wutever pun you guys share same market so let go lah. LURVE wut you do for elyana, my favourite artist yg tak hipokrit and tersangaaaaaaat la cute and now sgt attractive