Wednesday, June 30, 2010

blogging again!!

yess..
setelah semuanya selesai berpindah boutique..
oh ya nanti i postkan new boutique..tapi belum siap sepenuhnya..
but boleh la attend customer dulu..
n now baru masuk unifi..internet baru from tm..
so boleh la online 24 jam kat boutique ni..hehhee
ok nanti ape2 i update!

tadi baru shooting my new colection raya..
ok daaa!

love ZERY ZAMRY

Sunday, June 27, 2010

clearing lagi..

hi guys..thiz all the dresses i nak let go..cheap n cheap..

SOLD
trench jacket thai silk with kebaya embroidery..size M/L rm600

singlet kebaya top rm250

cocktail dress thaisilk with kebaya embroidery size m rm600

cocktail tube tweed dress size M/L rm400

tweet cocktail tube dress size m rm400


SOLD
baju kurung modern thai silk nikah size m rm950

ok thats all anything just buzz me..tq

love ZERY ZAMRY

Monday, June 14, 2010

kontroversi lagi..janda malang..


ohh lama sangat rasanya tak menulis kat blog ni..bila dah kecoh barula nak menulis balik..
hehhee
anda dah baca dengan artikel yg ditunjukkan gambar diatas?? paper semalam mystar..ahad 13 june 2010..bertajuk NURUL DIMAKI KOMEN FESYEN DAUN TERUP..

so terjadi lagi satu kontroversi dimana paper semalam telah salah kreditkan nama designer dimana baju yang terpampang di dada akhbar tersebut adalah baju i..koleksi GAGA IN WONDERLAND...dan niezam wartawan tersebut telah malabelkan nama designer tersebut ialah HATTA DOLMAT..dan sementelah itu hatta telah naik hantu...huhuhu dan bercadang untuk menyaman sesiapa yg berkenaan...(no komen)...kerana artikel itu telah manjatuhkan reputasinya...

ceritanya bermula begini...semua bermula di facebook..



INILAH ANTARA KOMEN2 DI FACEBOOK..YANG DIMULAI OLEH NURUL WAHAB...DIULANGI..DIMULAI OLEH NURUL WAHAB..

NURUL:

Errrr???..!! Motif???? !! What the hack is this??? LOL….out of idea??? This is the best time to comment on his creation!! Get it straight babe! :p

VELICOUS VASS: kak nam nurul!

NURUL:

Ha ha ha... I akan sarcastic kalau ada yang kacau I dulu... Hmmm.. kalau nak maju, kena dengar teguran. Dha tegur yang elok2, tiba I kena bantai dalam blog 'budak2 baru' yang insecure... Siapa tak marah?! Walau pun dah bertahun berlalu, sorry ye, I tak kacau orang, niat I ikhlas, tapi orang pulak mengutuk mengherdik... Fikir la babe kalau nak maju..... Sebab tu I sayang Rizman Ruzaini tu... Nak tegur ke apa ke, dia belajar every single day!! Itu baru di namakan bijaksana! omputih kata.."smart".. jangan jadi dumbass! LOL

June 7 at 1:09pm ·


VELICOUS VASS: ish, takooot.. xtau xtau


HATTA DOLMAT:

berani mati nak komen macam nih..album sendiri pun tak laku... stesen radio pun tak nak mainkan lagu.. berani mati nak komen pasal fashion dengan FASHION DESIGNER! V


HATTA DOLMAT:

CERMIN DIRI SENDRI SEBELUM NAK KOMEN PASAL ORG.. dalam bidang sendiri pun tak lepas lagi,.,,nak komen bidang org terpelajar dalam bidang fashion.. wake up!


HATTA DOLMAT:

zery: u r great and talented fashion designer! we love you and always support you! setakat kata2 org tak bijak dalam fashion ..naaaah! ketepikan... bukan fashion ikon pun...bukan artis melethoip pun... hhheheh

HATTA DOLMAT: tyerimalah terguran membina ini"


ZERY ZAMRY :

Kan..tak luak apa pun..album pun terjual kurang 100 unit banyak citer..syg rnr...rnr ada syg ko?? Ko artis paling last dia nak sponser!! Baju pun sponser adooooo


HATTA DOLMAT:

artis mcm nih memang tak sedar diri.. berani mati nak komen..kalau diri sendri pun belum bernafas dalam industri.. agak2lah

artis_fashion designer need each other.. we are in tone industri..

tak kisah nak suka designer mana pun..tapi jgn kondem org bangsa sendiri... kalau org cakap pasal u nanti u tak terjawab! tuh org kata berpijak di bumi yg nyata.. ... See more

sedih...


HATTA DOLMAT:

"Hmmm.. kalau nak maju, kena dengar teguran. " so baru dia tahu ayat dia untuk diri dia sendiri.. album tah 70 unit pun tak sampai.. lagi nak kecoh..


RADZ AL-WAEL OSMAN :
sebagai orang biasa : seseorang artis itu memerlukan pereka fesyen dan juga sebaliknya...mampu ke artis untuk membeli baju yang berjenama untuk menghadiri acara2 berprestij tanpa tajaan pereka fesyen...


Dengan komen artis ini menampakkan yang dia downgrade kan diri dia kerana mempunyai sifat dendam yang mendalam...tak kuasa lah layan bukan jadi kudis...


Zery...pendapatan uols mencecah 5 angka sebulan...dia dapat apa jer......

Malulah melayu nak jatuhkan melayu....huissshhh....


HATTA DOLMAT:

nih lah melayu yang menjahanamkan bangsa sendiri yang ingin berniaga...

itupun kalau dia rasa dia melayu..


OK Itu antara petikan dari komen pic tersebut..terdapat lagi satu gambar yang dikomen oleh nurul...






NURUL:

These dresses will sell well in Sentosa Island Singapore, if the designer manages to promote at the newest casino! Go there! LOL

HATTA DOLMAT:
omg! berani mati si artis album tak laku nih nak caKAP MCM NIH!!!?? DAMN! LAGU KO PUN ORG TAKNAK MAINKAN KAT RADIO..Dsedar lah diri...

cermin diri dulu kak oii! takpun balik penang jual rpasambor!


ZERY ZAMRY:

Siann ekk kata fashion ikon tapi tak tau mnilai seni..padan la dapat lagu azabb..tak laku plak tu album..

HATTA DOLMAT: fashion ikon?????? since when?????

HATTA DOLMAT: u dah save komen dia.. save it.. untuk kegunaan masa hadapan.. cakap pasal kasino, kenapa?? selalu main judi kewr????

ZERY ZAMRY: Dia je terasa dia fashion ikon..tapi non adoooooooo

ZERY ZAMRY: Hhahahahha

HATTA DOLMAT: dia tergila nak jadi fashion ikon kot..


sbb nyanyi dah tak laku


___________________________________________________________________________

.itu antara semua petikan yang dimulai oleh Nurul dalam komen pic di fb yang diupload oleh sam kasim...

anda nilaikan sendiri..adakah patut seseorang artis yang patut menjadi idola kepada peminat2 boleh mengutuk sesuka hati dengan memanggil dumbass..dan menpermainkan hasil seni seseorang dengan begitu sahaja..tidak berakal namanya..

saya pada mulanya malas hendak melayan artis sebegini yang tiada moral berbahasa..tetapi setelah dibackup oleh rakan2 terutama sekali HATTA DOLMAT..saya bersuara dan artis ini memang patut menerima teguran yang hencapan yang membina itu..cermin diri..tepuk dada..tanya diri..hiasi peribadi..(walau baju sponser)..saya perlu membela diri walau apa sekalipun kerana digelar sebagai DUMBASS...dan itu tidak sepatutnya berlaku.kalau nak ikutkan hati banyak sahaja cerita tentang nurul luar dan dalam ingin dicerita tetapi biarkan sahaja..saya menghormatinya sebagai public figure..apabila dia yang mulakan..saya tidak akan mendiamkan diri..dan dia ingat boleh mempermainkan kami begitu sahaja..oh tidak sama sekali!!! saya berpelajaran tinggi dan mempunyai ijazah dengan kepujian dalam bidang yang saya ceburi..dan saya tahu yang mana gurauan dan yang mana herdikan..

kisahnya pada 2007 saya ada menulis artikel pendapat saya berkenaan NURUL ADALAH BUKAN FASHION IKON SETARAF CAMELIA...dan saya pun dah lupa pasal artikel tersebut..dan menampakkan NURUL ialah pendendam kesumat. siapa yang ingin membaca nya this is the link..

http://zeryzamry.blogspot.com/2007/08/project-runway-malaysiaulasan-episod_18.html

apa yang saya tulis semua adalah pendapat peribadi saya semasa bertanding didalam PROJECT RUNWAY MALAYSIA....dan sehingga sekarang saya tidak melihat nurul memakai baju rekaan pemenang tersebut kemana2 majlis red carpet...it was 3 years back!!!


HATTA yang digambarkan designer asal rekaan tersebut ternyata salah..tetapi hatta ada menegur kelakuan artis berkenaan di komen gambar tersebut semata2 mahu menegur dan menegakkan dan mempertahankan kredibiliti kami..antara-antara designer2 bumiputra..komen nurul itu sekaligus menempias kepada designer2 lain..
THANK YOU HATTA...


untuk semua yang membaca..rekaan yg ditunjukkan adalag bertemakan GAGA IN WONDERLAND merupakan koleksi terbaru saya untuk STYLO FASHION WEEK baru2 ini..berinspirasikan signature gaya berpakaian LADY GAGA dan diadaptasikan bersama cerita alice in wonderland..dan saya membayangkan apakah pakaian yang dipakai oleh LADY GAGA in WONDERLAND...


inilah koleksi GAGA IN WONDERLAND di STYLO fashion week..


koleksi ini menampilkan kelainan dari segi styling yang menggila..kerana diinspirasikan dari cara berpakaian LADY GAGA yang kadang2 tak tercapai dek akal..oleh yang demikian..penggunaan daun terup buat berlapis2 sebagai bahan untuk ekspresi seni yang tak pernah dibuat oleh mana2 designer lagi sebelum ini...oleh yang sedemikian setiap pereka mempunyai idea dan identiti masing2...bagi nurul suka atau tidak suka itu hak dia..

dan peringatan untuk semua artis...sila la berkerjasama dan MENGHARGAI baju yang telah designer SPONSER...kalau beli tu lain cerita la..nak buat apa pun tak kisah..kerana kamu memerlukan kami dan kami juga sebaliknya..sama2 memerlukan..So lebih baik berkerjasama antara satu sama lain..kerana industri hiburan dan industri fesyen adalah sama2 memerlukan..pusing2 disitu juga..

love ZERY ZAMRY